Khamis, 7 Jun 2012

Eksklusif Zakat ( BUKU )

Penulis. Hamizul Abdul Hanid
Penerbit. Galeri Ilmu
Harga. RM 28.00

 
Islam memandang emas sebagai unsur kekayaan alam yang hidup, iaitu mampu berkembang dan dikembangkan. Daripada emas, manusia dapat menjana kekayaan dalam bentuk lain. Malah disebabkan sifatnya yang istimewa maka ia dijadikan mata wang dan perhiasan bagi wanita. Oleh sebab itu, Allah SWT mewajibkan zakat ke atas emas.

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebut secara jelas dalam al-Quran. Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya..” (At-Taubah 9:34)

Rasulullah SAW turut memberi amaran kepada golongan yang enggan menunaikan zakat emas dengan sabda baginda:
“Pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan zakat atas kedua-duanya akan didudukkan di atas padang batu yang lebar di dalam Neraka pada hari Kiamat kelak. Mereka akan dibakar di dalam Neraka Jahannam, diseterika pipi, kening dan punggungnya.” (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan