Sabtu, 26 Januari 2013

Penulis : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Harga : RM 22.00


Pasaran hari ini dibanjiri pelbagai makanan dan barangan pengguna yang sesetengahnya boleh memudaratkan kesihatan, sementara yang lain haram dimakan menurut ajaran Islam.

Kajian mendapati, banyak makanan yang diproses yang kini terdapat di pasaran mengandingi gula dan garam berlebihan, selain mengandungi pelbagai jenis bahan penambah yang tidak dapat dipastikan halal dan haram.

Bahan penambah seumpamanya juga mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

KANDUNGAN

Bahagian 1: Pengenalan
Bahagian 2: Masalah Berhubung Isu Halal Haram
Bahagian 3: Adab Makan Umat Islam
Bahagian 4: Gelatin
Bahagian 5: Keju Dan Wei
Bahagian 6: Lemak Binatang
Bahagian 7: Lain-Lain Bahan Haram Dan Meragukan
Bahagina 8: Lain-Lain Produk Dan Isu Pengguna

Bijak Solat ( Buku & DVD )


Harga : RM 36.00

Sesungguhnya beruntungnya mereka yang kelak menghadab Allah pada hari kiamat dengan membawa Solatnya yang cukup cantik dan sempurna. Hal itu kerana Solat adalah amalan pertama yang akan di periksa oleh Allah. Jika elok Solat yang di kerjakan selama hidupnya, maka isya - Allah eloklan ibadahnya yang lain.

Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat ( Buku )

Penulis : Sabariddin Hussein
Harga : RM 17.00


"Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!"
(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry). Dipetik daripada kitab Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)

Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan PerangArab-Israel 1948.
Buku ini mendedahkan:

Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.