Jumaat, 30 November 2012

Membongkar Misteri Dajjal

Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Harga : RM 37.90

 
Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka

dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.

Bijak Tajwid Cara Mudah Mempelajari Ilmu Tajwid ( BUKU & DVD )

Penulis : Ustaz Zamri
Harga : RM 25.00

                   


Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran yang menyuruh kita membaca kitabNya dengan tartil (betul dan baik mengikut hukum & kaedah tajwid). Justeru, mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah. Tetapi, mengamalkannya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ‘ain.خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْءَانَ وَعَلَّمَهُSebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. (Hadis riwayat Bukhari)Buku Bijak Tajwid ini sangat sesuai sebagai panduan dan rujukan bagi mereka yang baru bertatih untuk belajar al-Quran dan ilmu tajwid. Persembahannya yang ringkas tetapi padat menjadikannya sesuai untuk semua golongan dan lapisan pembaca samada kanak-kanak, dewasa atau warga tua. Buku ini menyajikan penerangan yang jelas beserta contoh bagi memudahkan pembaca untuk mengenal hukum tajwid, memahami serta mengamalkannya di dalam bacaan al-Quran.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Permasaalahan Umat

Penulis : Ustaz Azhar Idrus
Harga : RM 25.00

 

Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.

101 Doa Mohon Makbul

Penulis : Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Nik Wafdi Nik Jaafar

Harga: RM 20.00

 
Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr. Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan buku ini ialah ia sesuai dibaca semua peringkat umur dan persembahan isi berbentuk santai dan humor. Ia dapat mendekatkan pembaca kepada hadis dan ayat-ayatnya mudah untuk difahami dan dihayati. Ia juga mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan da ia sesuai dijadikan cenderahati dan bimbingan kepada remaja malah ilustrasi berwarna sepenuhnya.

Travelog Misteri Israel Kuasai Dunia

Penulis. Mohd Nadzri Kamsim
Harga. RM 37.90


Bab pertama buku ini menceritakan secara sepintas lalu mengenai sebuah bangsa yang menganggap diri mereka sebagai bangsa istimewa dan menjadi pilihan Tuhan. Ini kerana kebanyakan nabi lahir dari kalangan mereka. Malah salah satu surah dia dalam Al-Quran juga dinamakan sempena nama bangsa mereka. Bab kedua pula menghuraikan serba sedikit mengenai sejarah diaspora mereka yang panjang dan unik. Bagaimana komuniti bangsa ini boleh wujud hampir di seluruh dunia? Bagaimana sejarah diaspora mereka bermula? Bab ini turut menceritakan kisah suka dan duka yang berselindung di balik tabir diaspora itu. Diaspora banyak memberi kesan kepada bangsa ini. Tanpa diaspora, perjalanan bangsa ini dalam sejarah manusia mungkin berlainan.

Bab ketiga pula agak agresif dan provokasi. Dalam bab ini, penulis menyingkap kisah sekolompok manusia yang berasimiliasi dengan bangsa ini dan menjadi sebahagian daripada mereka. Asimiliasi itu menyebabkan kelompok ini 'lebih Yahudi dari Yahudi' itu sendiri. Bab keempat menerangkan secara terperinci mengenai kelahiran Zionis dan peristiwa-peristiwa yang mengiringi kelahiran itu. Manakala bab kelima pula menceritakan mengenai kewujudan negara haram, Israel. Dalam bab kelima ini, penulis berhujah berdasarkan fakta-fakta yang sah mengenai sebuah negara haram yang selayaknya dihapuskan dari peta dunia. Namun realitinya, Israel terus berkembang.

Dalam bab enam hingga lapan, penulis dengan berani, menyingkap tabir rahsia yang selama ini melindungi kemegahan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia. Negara yang memegang kuasa veto di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini sebenarnya hanya mengikut telunjuk sebuah bangsa yang dihina oleh seluruh dunia iaitu Yahudi. Negara itu dikuasi dalam hampir semua aspek penting sesebuah negara - politik, kewangan, undang-undang, media dan sosial. Malah, dasar-dasar pemerintahan negara terutama yang melibatkan hubungan luar, turut dicampuri oleh bangsa zionis ini. Semuanya berpaksikan kepentingan sebuah negara haram - Israel.

Bab terakhir buku ini pula adalah satu analisis penulis mengenai calon-calon kuasa besar dunia seterusnya lantaran Amerika Syarikat sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Analisis ini dilakukan dari segenap aspek meliputi sejarah, keadaan politik dan kestabilan negara, status ekonomi, kuasa ketenteraan, tenaga kerja intelek dan jaringan kekuatan antarabangsa. Israel menjadi 'calong kegemaran' kerana ciri-ciri mereka sebagai kuasa besar jelas kelihatan. Apatah lagi mereka mampu menjadikan sebuah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebagai proksi segala perancangan jahat mereka untuk menguasai dunia. Satu travelog panjang yang membongkar misteri perjalanan sebuah bangsa yang bercita-cita dan sedang bersedia untuk menguasai dunia.

The Al - Quran Red Pen

Al-Quran Pen Reader ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya.

RM 310.00