Penulis : Rusydi Ramli Al - Jauhari
Penerbit. Mustread
Harga : RM 65.00
BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca
mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada
kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas
kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan
bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat
Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun
terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa
Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.
Buku ini juga
memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat
kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup
Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di
sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.
SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat
Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku
ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal
Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.
Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan