Isnin, 25 Jun 2012

Mustafa Kamal Ataturk Penegak Agenda Yahudi

Penulis. Abdul Latip Talib
Harga. RM 25.00


Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Penulis. Ustaz Azhar Idrus
Harga. RM 15.00


Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Hebatnya Hari JUMAAT

Penulis. Ahmad Zaidi Adam
Harga. RM 22.00


Buku Hebatnya Hari Jumaat Ini Diterbikan Untuk Umat Islam Menyingkap Tentang Kelebihan, Larangan, Dan Amalan Yang Berkaitan Dengan Hari Jumaat. Hari Jumaat Adalah Penghulu Segala Hari. Ia Adalah Hari Eksklusif Bagi Seorang hamba Menghadap Penciptanya. Allah SWT Menganugerahkan Hari Jumaat Ini Agar Mereka Dapat Merebut Peluang Dan Ganjaran Besar Yang Disediakan Demi Mencapai Keredhaannya Dan Seterusnya Memporoleh Kehidupan yang Bahagia Di Dunia Dan Akhirat.

Pada Hari Jumaat, umat Islam Bukan sahaja Dapat Memperbanyakkan Ibadah Kepada Allah SWT malah Dianjurkan Banyak Beristigfar Kepadanya Daripada Segala Dosa yang Mereka lakukan. Begitu Juga Dengan Semua Makhluk Allah Termasuk Malaikat Juga Turut Memohon Ampun Dan Belas Kasihan Kepada Allah SWT.

Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz

Penulis. Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Marbu Al - Banjari Al - Makki
Terjemahan. Ustaz Mohammad Subki
Abdul Rahman Al - Hafiz
Harga. RM 18.00


Selepas Kewafatan Rasulullah SAW, Muncul Beberapa Orang Pemimpin Terpuji Demi Menyambung Legasi Sebagai Khalifah Allah Di Muka Bumi. Umar Bin Abdul Aziz, Salah Seorang Pemimpin Agung Yang Dikurniakan Allah Keperibadian Yang Luar Biasa. Kepimpinan Serta Corak Pemerintahannya Menjadi Modul Dan Ikon Bagi Pemimpin Sepanjang Zaman Hingga Bergelar Mujaddid Kurun Pertama.

Buku Ini Mendiskusikan Sejarah Dan Rantaian Perjalanan Hidup Khalifah Umar Selain Memaparkan Corak Pemerintahan Beliau Pada Zamannya. Selain Itu, Buku Ini Turut Merungkai Kepekaan Serta Sensitiviti Beliau Terhadap Masalah - Masalah Yang Dihadapi Oleh Rakyat Jelata. Dapatkan Buku Ini Bagi Usaha Memahami Dan Mempelajari Ciri - Ciri Kepimpinan Terpuji Yang Sewajarnya Ada Bagi Seorang Pemimpin Terbaik Di Dunia Dan Di Akhirat.

Wadah Cinta Solehah

Penulis. Rusnah Abu Samah
Harga. RM 28.00


Bagaimana Mahu Jadi Pelajar Cemerlang?

• Allah Mencipta Kita Dengan Penuh Kesempurnaan. Bertindaklah Dengan Cemerlang.
• Pelajar Yang Tidak Berdisiplin Semasa Belajar, Besar Kemungkinan Tidak Berdisiplin Sepanjang Hayatnya.
• Semua Orang Mahu Berjaya Tetapi Segelintir Sahaja Yang Berjaya Kerana Mereka Berjaya Mengawal Nafsu Dan Emosi.

Petikan Di Atas Merupakan Antara Tips - Tips Yang Terdapat Dalam Buku Wadah Cinta Solehah. Buku ini Sesuai Untuk Motivasi Para Remaja Yang Mencari Erti Cinta Sebenar Sebagai Seorang Anak Muda.

Lagenda Nabi Khidir Antara Fakta Dan Khayalan

Penulis. Muhammad Khair Ramadhan Yusuf
Penterjemah. Ustas Mohammad Subki Abdul Rahman
Harga. RM 36.00

Khidir A.S Ialah Satu Nama Misteri Yang Kerap Muncul Dalam Lipatan Sejarah Ialam. Kesamaran Petunjuk Dalam Al - Quran Dan Hadis Mengenai Sosok Luar Biasa Ini Menjadikan Perbahasan Mengenainya Lebih Rencam Dengan Pelbagai Hujah Dan Pandangan.Kontroversi Yang Berlegar Di Sekitar Nama Agung Ini Menjadikan Perbahasan Dalam Buku Ini Menarik Dan Berbaloi Dimiliki. Minda Pembaca Pasti Tercabar Dengan Pelbagai Penemuan dan Bukti Yang Tidak Dapat Terjangkau Oleh Minda Pembaca Mengenai Lagenga Agung Ini.

Setiap Permasalahan Yang Diutarakan Disediakan Huraian, Perbincangan, dan Komentar. Selain Mengupas Pelbagai Persoalan, Penulis Juga Membawa Pembaca Menelusuri Perjalanan Hidup Khidir A.S. Dengan Kisah - Kisah Menarik Dalam Sirah Baginda. Setiap Kisah Yang Dipaparkan Mendapat Perhatian Selain Menimbulkan Perbezaan Pendapat Dalam Kalangan Jumhur Ulama Terdahulu. Buku Ini Pasti Memberi Dimensi Baru Kepada Pembaca Dalam Mencari wajah Sebenar Seorang Makhluk Allah yang Bernama Khidir.

Bila Allah Menduga Kita

Penulis. Syed Alwi Alatas
Harga. RM 19.90


BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.

Art Of Deception Amerika, Freemason, zionis Mereka Menipu Dunia

Penulis. Jerry D. Gray Harga. RM 20.00

Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.

Rahsia Simbol Yahudi

Rahsia Simbol Yahudi Membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, walt Disney, Nazi, Dollar.... ( BUKU )


Penulis. Ibnu Yaacob
Harga. RM 24.00

11 Golongan Yang Didoakan Malaikat

Penulis. Walid Faruqi
Terbitan. Raza Publication
Harga. RM 18.00

Selawat daripada Allah SWT menunjukkan sanjungan kepada hambaNya, manakala selawat malaikat pula bermakna doa kepada manusia. Kita tahu bahawa malaikat adalah makhluk yang bersih dari dosa. Mereka amat dekat kepada Allah SWT, justeru doa mereka juga sangat makbul. Orang yang mendapat doa daripada para malaikat sudah tentu menjadi orang yang sangat bertuah kerana diampuni dosa-dosanya dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Buku ini memaparkan 11 golongan yang mendapat doa para malaikat. Segala amalan yang dilakukan oleh setiap golongan tersebut, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dan tidaklah pula menjadi satu bebanan kepada umat Islam. Hanya iman dan ketakwaan menjadikan kita komited untuk menunaikan hak-hak Allah SWT serta menjaga hubungan sesama manusia.

Buku 11 Golongan yang Didoakan Malaikat ini membawa pembaca menyelami fadhilat dan ganjaran semasa hidup di dunia dan di akhirat serta memberi suntikan motivasi agar melaksanakan amalan yang selama ini mungkin dianggap sebagai remeh-temeh. Selain itu, buku ini turut memuatkan kupasan dari sudut fiqh berhubung setiap amalan yang dilakukan oleh golongan tersebut.

Semoga kita beroleh hidayat dan kekuatan untuk melaksanakannya. Ini kerana, setiap antara kita berpeluang mendapat keistimewaan tersebut, namun hanya mereka yang mengamalkan syariat Islam dengan ikhlas dan istiqamah sahaja bakal menikmati doa malaikat seterusnya dilimpahi rahmat Allah SWT.

Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa

Penulis. Zaharuddin Abd Rahman
Harga. RM 18.00


Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.

Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:

Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.
Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.
Facebook mendedahkan diri kepada zina.
Facebook mendedahkan aib diri sendiri.
Dan banyak lagi

Benarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

Isnin, 11 Jun 2012

Indahnya Hidup Bersyariat ( Buku )

Penulis : Dato' Ismail Kamus
Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

Penerbit. Telaga Biru
Harga : RM 55.00



INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karya DATO ISMAIL KAMUS & MOHD AZRUL AZLEN AB.HAMID-Buku ini menceritakan tentang panduan untuk diri ( fardu ain ), seisi keluarga , masyarakat dan umat sejagat ( fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak , penekanan pendidikan remaja , hukum-hakam muamalat ( jual-beli ) ,munakahat ( nikah kahwin dan rumah tangga ) serta amalan zikir , doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan Hadis Sahih. Teknik Penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh di baca dan di hafal dengan mudah. Langkah amalan di sampaikan mengikut turutan step - by - step. media fotografi warna penuh di gunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. buku ini seharusnya menjadi untuk di miliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Ensiklopedia Solat ( Buku )

Harga. RM 100.00
Penerbit. Telaga Biru 

 Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masji d, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:

Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Khamis, 7 Jun 2012

Mudahnya Menjemput Rezeki ( BUKU )

Penulis. fathuri Salehuddin
Penerbit. Galeri Ilmu
Harga. RM 18.00


Kita pernah mendengar seseorang mengatakan, “Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha.”
Kita juga pernah mendengar kata-kata, “Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan.”

Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul?
Ternyata kedua-dua ayat di atas bukanlah untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percayai.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan. Namun melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikannya nombor dua pula. Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua.

Hafiz Hamidun Zikir Terapi Diri ( CD )

Harga. RM 19.90

Aku Terima Nikahnya Edisi Istimewa ( Buku )


Penulis. Hasrizal Abdul Hamid
Penerbit. Galeri Ilmu
Harga. RM 55.00

 
" Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita"

" Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia Cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."

Dua petikan daripada Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ini, mampu membuka mata bagi pasangan yang mahu mencari bahagia dan Bercinta Hinggan ke Syurga, kerana segalanya berlandaskan cinta yang diteladani daripada Junjungan Mulia SAW, seorang Murabbi Cinta yang hakiki.

Eksklusif Zakat ( BUKU )

Penulis. Hamizul Abdul Hanid
Penerbit. Galeri Ilmu
Harga. RM 28.00

 
Islam memandang emas sebagai unsur kekayaan alam yang hidup, iaitu mampu berkembang dan dikembangkan. Daripada emas, manusia dapat menjana kekayaan dalam bentuk lain. Malah disebabkan sifatnya yang istimewa maka ia dijadikan mata wang dan perhiasan bagi wanita. Oleh sebab itu, Allah SWT mewajibkan zakat ke atas emas.

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebut secara jelas dalam al-Quran. Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya..” (At-Taubah 9:34)

Rasulullah SAW turut memberi amaran kepada golongan yang enggan menunaikan zakat emas dengan sabda baginda:
“Pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan zakat atas kedua-duanya akan didudukkan di atas padang batu yang lebar di dalam Neraka pada hari Kiamat kelak. Mereka akan dibakar di dalam Neraka Jahannam, diseterika pipi, kening dan punggungnya.” (Riwayat Muslim)

Bijak Mengurus Wang ( BUKU )

Penulis. Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Penerbit. Galeri Ilmu
Harga. RM 25.00


Bagi kebanyakan manusia. Untuk mengumpul wang dalam jumlah yang besar mengambil hampir keseluruhan hidup, sedangkan untuk untuk menghabiskannya hanya dalam sekelip mata.

BIJAK MENGURUS WANG mengajak kita untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan wang agar apabila tiba hari tua, hidup kita lebih tenteram dan tenang tanpa dibelenggu dengan masaalah kewangan.

Ditulis dalam gaya santai namun mendalam maksudnya. Panduan jelas mengurus wang diberikan mengikut peringkat umur. Sesuai dijadikan rujukan oleh golongan yang baru memulakan kerjaya dan dijadikan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

Biografi Agung Rasulullah ( Buku )

Penulis : Rusydi Ramli Al - Jauhari
Penerbit. Mustread
Harga : RM 65.00


BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.
Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal ( Buku )

Penulis. Ibnu yaacob
Penerbit. Moon Media
Harga. RM 26.00


Buku ini membahas akan permasalahan seorang lelaki Yahudi dari suku Ashkenazi yang mana seluruh keturunannya sehingga sekarang menguasai seluruh ala mini dalam segala macam fitnah. Lelaki ini juga amat ganjil kerana kekayaan dan pengaruhnya selama lebih 200 tahun langsung tidak diketengahkan media massa malah buku sejarah sekali pun.

33 Amalan Memdidik Anak Soleh ( BUKU )

Penulis. Mohammad Subki Abd. Rahman Al - Hafiz
Penerbit. Psn
Mohd Rifqi Myiddin
Harga.
RM 30.00

33 AMALAN MENDIDIK ANAK SOLEH Sebuah Panduan Khususnya Untuk Golongan Yang Bakal Mendirikan Rumah Tangga Juga Kepada Mereka Yang Bergelar Ibu Atau Ba pa Dan Seluruh Umat Islam Amnya. Dapatkan Tips Dan Petua - Petua Cara Islam Untuk Membentuk Dan Menggilap Cahaya Mata Keluarga Yang Bermuka Daripada Aspek Pemilihan Pasangan Lagi Menerusi Buku Ini.

Usaha Tersebut Wajar Bermula Daripada Aspek Pemilihan Pasangan Dan BerTerusan Sehingga Soal Adab - Adab Dengan Pasangan Termasuk Ketika Melakukan Hubungan Intim Agar Hubungan Yang Suci Itu Tidak Diganggu - Gugat Oleh Makhluk - Makhluk Ghaib Seperti Jin Dan Syaitan. Hal Yang Demikian Sangat Penting Demi Membentuk Benih Keturunan Yang Murni Dan Terpelihara.


Lihatlah Banyak Lagi Amalan Kaedah Islam Ketika Kehamilan Termasuk Doa - Doa Dan Zikir - Zikir Tertentu Dalam Usaha Kita Melahirkan Zuriat Yang Taat, Beriman Dan Bertakwa. Usaha Ini Mencakupi Bacaan Tertentu Ketika Memberi Nama Anak Sehinggalah Petua - Petua Secara Islam Mengasuh Dan Mendidik Anak - Anak. Bonus Buat Pembaca, Buku Ini Turut Menawarkan Wirid Khusus Sebagai Penyelamat Fizikal Dan Rohani Iaitu Ayat Lima

Rabu, 6 Jun 2012

Ensiklopedia Bidaah ( BUKU )


Penulis. Mohammad Subki Abdul Rahman Al - Hafiz
Mohd Rifqi Myiddin

Penerbit. Psn
Harga. RM 100.00


Semangat Beragama Secara Melulu Dan Salah Faham Terhadap Nas - Nas Agama Telah Menimbulkan Berbagai - Bagai Kekeliruan. Senario Ini Telah Menyebabkan Kekusutan Melanda Masyarakat Yang Berada Dalam Pelbagai Lingkungan Budaya Dan Tahap Keilmuan. Justeru, Timbul Kekeliruan Untuk Membezakan Perkara Ranting Dengan Perkara Asas, Dan Perkara Cabang ( Juzil ) Dengan Perkara Menyeluruh ( Kulli ). Konsep Bidaah Difahami Sebagai Suatu Bentuk Kesesatan Dalam Agama. Sedangkan, Kita Tidak Memahami Erti Kata Sebenar Bidaah. Demi Hasrat Murni Memberi Pencerahan Kepada Umat, ENSIKLOPEDIA BIDAAH Ini Mengupas Dan Menghuraikan Konsep Sebenar Bidaah Yang Berlaku Dalam Masyarakat Islam Hari Ini. Semestinya, Ensiklopedia Bidaah Ini Dijadikan Rujukan Dan Panduan Bagi Mereka Yang Prihatin Terhadap Agamanya.