Penulis : Sabariddin Hussein
Harga : RM 17.00
"Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa
Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam
seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun
sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan
menyuburkan tanahnya dengan darah-darah
mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya
suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya
tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku
lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan
dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.
Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan
Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih
hidup?!"
(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan
oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara
pemimpin tertinggi freemasonry). Dipetik daripada kitab Kaifa Saqatot
al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)
Selepas Turki Uthmaniyah
kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai
tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan
Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel
tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di
Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun
bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA
181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta
penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang
Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel
1947 dan PerangArab-Israel 1948.
Buku ini mendedahkan:
Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel
1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur
1973
Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.
KAMI MENJUAL PELBAGAI BAHAN BACAAN ISLAM,ALBUM NASYID ,ZIKIR,CD BACAAN AL-QURAN,CD-ROM 30 JUZUK AL-QURAN,POSTER-POSTER BERKAITAN AGAMA DAN BERMACAM-MACAM LAGI..PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN BUKU- BUKU TERKINI DI LOT PROMOSI DI ECONSAVE KOTA KEMUNING. PERTANYAAN SILA HUBUNGI FADHIL 019-2536696.PEMBELIAN SECARA ONLINE DI TERIMA BOLEH BANK IN KE AKUAN MUHAMAD FAZIL BIN ISMAIL 156141332742 MAYBANK. KOS PENGHANTARAN BERGANTUNG CAJ YANG DI KENAKAN OLEH POS MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan